ICA nafi serangan siber ganggu sistem

Bernama
Mei 17, 2017 16:13 MYT
Sistem pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjadi perlahan sekali sekala sejak 5.40 petang Selasa.
Sistem yang menjadi perlahan sekali-sekala di pusat pemeriksaan darat di sini pada Selasa berpunca daripada masalah teknikal, bukan akibat serangan siber, kata Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
"Sistem kembali normal pada 5.30 ini. ICA memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami mereka yang melalukan perjalanan," katanya dalam respons kepada pertanyaan media.
Sistem pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjadi perlahan sekali sekala sejak 5.40 petang Selasa.
Sistem itu kembali normal secara berperingkat selepas hampir empat jam.
Dalam makluman terkininya sebelum itu, ICA berkata ia mengerahkan semua sumber yang ada untuk mengatasi keadaan tersebut.
-- BERNAMA
#ICA #Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan #Singapura
;