Ibu trauma melihat kulit anak mengelupas, beransur-ansur 'dimamah'
Agensi
September 4, 2018 10:54 MYT
September 4, 2018 10:54 MYT
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas didapati kulitnya mula dimamah oleh bisa yang ditinggalkan seekor labah-labah yang mengigitnya.
Menurut ibu kanak-kanak terbabit Jaime Anderson, 41, dia menyedari kesan gigitan itu selepas anaknya Bella pulang dari bermalam di rumah rakan, lapor The Mirror.
Selepas beberapa kali ke hospital akhirnya doktor mengesahkan Bella telah digigit labah-labah berbisa dari spesis “widow’.
Bella bagaimanapun tidak mengingati dimanakah dia digigit.
Kesan gigitan itu pantas merebak menjadi kudis dan kulit Bella menjadi seperti dimamah ulat.
Asalnya luka yang sebesar siling 50 sen merebak menjadi lebih besar.
Meskipun kelihatan ‘mengerikan’ dan ‘menyakitkan’ Bella dikhabarkan tidak menunjukkan sebarang rasa sakit.
Selepas diberikan antibiotik, kesan gigitan terbabit berjaya dikawal dan beransur sembuh.
Satu pembedahan untuk membersihkan luka akan dilakukan dan Bella dijangka akan dibenarkan pulang sedikit masa lagi.
Doktor percaya spesis labah-labah terbabit datang dari pisang yang diimport dan mula membiak di kawasan Essex.
#berbisa
#bisa
#England
#Hospital
#Kanak-kanak
#kulit dimamah
#labah-labah
#Pembedahan
#rawatan kecemasan
#sengat
#widow