Ibu sarat lapan bulan sempat selamatkan empat anak sebelum maut ditimpa runtuhan

Agensi
Januari 31, 2019 07:47 MYT
Namun, bangunan berkenaan runtuh sebelum wanita berusia 27 tahun itu sempat diselamatkan.
BEGINILAH kasih seorang ibu apabila seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan sempat menyelamatkan nyawa empat anaknya sebelum maut ditimpa runtuhan bangunan di Ghaziabad, India.
Bangunan dua tingkat didiami mangsa, runtuh dalam kejadian kebakaran berpunca daripada letupan gas di tingkat bawah yang dijadikan kedai roti diusahakan oleh suaminya.
Pihak berkuasa berkata, saksi melihat mangsa yang dikenali sebagai Fatima yang hamil lapan bulan menghumban anak-anaknya dari balkoni sebelum pengsan, lapor Hindustan Times.
Namun, bangunan berkenaan runtuh sebelum wanita berusia 27 tahun itu sempat diselamatkan.
"Mangsa (Fatima) terperangkap di tingkat atas manakala menurut suami mangsa, dia sukar berjalan kerana sarat mengandung.
"Bagaimanapun, Fatima sempat menyelamatkan empat anaknya," katanya pihak polis.
Dua daripada empat anak Fatima yang berusia tujuh dan sembilan tahun mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.
#cedera #Fatima #India #kebakaran #letupan #maut #polis
;