Ibu Razan jadi sukarelawan
Sinar Harian
Jun 9, 2018 21:14 MYT
Jun 9, 2018 21:14 MYT
Sabreen al-Najjar, ibu kepada Razan al-Najjar mengambil keputusan menjadi sukarelawan perubatan, semalam – mengikut jejak langkah anaknya itu.
Razan adalah sukarelawan wanita Palestin yang ditembak mati Jumaat minggu lalu, ketika cuba menyelamatkan seorang penunjuk perasaan yang cedera.
Agensi berita Al-Hadath melaporkan Sabreen memakai jaket sukarelawan perubatan yang dipakai anaknya ketika ditembak.
“Setiap gadis Palestin adalah Razan. Setiap ibu Palestin adalah Razan. Kami akan berkorban dan mengikut jejaknya,” kata Sabreen.
– Agensi