Ibu pejabat YouTube diserang
Agensi
April 3, 2018 05:34 MYT
April 3, 2018 05:34 MYT
Polis California Utara dilaporkan menyerbu ibu pejabat YouTube ekoran kehadiran ‘penembak’ di San Bruno, California.
Pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari pejabat YouTube yang dimiliki oleh Alphabet Inc’s Google menerusi platform media sosial Twitter mereka.
Pihak polis ketika dihubungi portal berita Reuters memberitahu mereka sedang giat menangani situasi tegang itu dan enggan ulas lanjut.
Pengurus produk YouTube, Todd Sherman dalam satu kenyataan di Twitternya berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mereka dalam satu mesyuarat dan terdengar orang ramai berlari dan menjangka satu gempa bumi terjadi.
Situasi panik turut berlaku apabila puluhan pekerja dilaporkan meninggalkan ibu pejabat itu bagi menyelamatkan diri.