Ibu nekad bunuh diri bersama dua anak
Agensi
Mei 3, 2018 17:57 MYT
Mei 3, 2018 17:57 MYT
SEORANG ibu nekad membunuh diri bersama dua anaknya selepas melompat ke hadapan sebuah keretapi yang sedang bergerak pada Selasa.
Kejadian mengejutkan itu berlaku berhampitan Papanasam di daerah Tamil Nadu.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai R Kalavathi, 38, isteri kepada seorang pekebun bersama dua anaknya iaitu R Hariharan, 10 dan R Niranjana, 5.
Berdasarkan pegawai polis keretapi, wanita itu melompat ke hadapan keretapi yang bergerak pantas bersama dua anaknya.
Wanita itu dan anak lelakinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak perempuannya yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan di Thanjavur.
Bagaimanapun kanak-kanak perempuan itu mati disebabkan kecederaan parah sebelum tiba ke hospital.
#bunuh diri
#Hospital Kolej Perubatan Kerajaan
#keretapi
#lompat
#nekad
#Papanasam
#Tamil Nadu
#Thanjavur