Ibu negara baharu Indonesia terima pelaburan AS$3.5 bilion - Presiden

Bernama
Ogos 12, 2024 22:00 MYT
Joko Widodo berkata, sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan. - Gambar fail/IG Jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Isnin berkata, ibu kota baharu negara itu, Nusantara, telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira AS$3.5 bilion).
"Setakat hari ini, pelaburan yang telah diterima untuk ibu kota baharu adalah sebanyak 56.2 trilion rupiah," kata Widodo semasa Mesyuarat Kabinet pertama diadakan di Nusantara, yang disiarkan di saluran rasmi dalam talian.
Angka ini tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan kerajaan dan kemudahan awam lain.
Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan.
Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih yang dijangka mula memegang jawatan pada Oktober.
"Saya optimis bahawa dalam tempoh empat hingga lima tahun, kota ini akan berfungsi dengan lebih baik sebagai ibu kota negara," kata Prabowo.
-- BERNAMA
#nusantara #pelaburan #Joko Widodo #Prabowo Subianto