Ibu muda Palestin lahirkan kembar empat ketika perang sengit

Sinar Harian
Disember 29, 2023 08:00 MYT
Hampir dua minggu berlalu, Iman bersama kembar tiganya kini berlindung di sebuah bilik yang sesak di Deir al-Balah bersama 50 ahli keluarga lain. - Agensi/Sinar Harian
GENTING GAZA: Iman al-Masry sedang hamil kembar empat ketika perang Gaza meletus pada 7 Oktober lalu dan dia bersama keluarganya terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer dari Beit Hanoun ke kem pelarian Jabalia untuk mendapatkan perlindungan.
"Perjalanan sejauh itu menjejaskan kandungan saya yang ketika itu berusia enam bulan," kata wanita berumur 28 tahun itu sambil menambah dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean pada 18 Disember lalu.
Iman turut menceritakan bagaimana dia diminta untuk segera meninggalkan hospital bersama tiga bayinya manakala seorang yang hanya seberat satu kilogram dan diberi nama Mohammed meninggal dunia kerana terlalu lemah.
"Kami perlu keluar dari hospital untuk memberi katil kepada pesakit lain," ujarnya.
Hampir dua minggu berlalu, Iman bersama si kembar tiga, Tia, Lynn dan Yasser kini berlindung di sebuah bilik darjah yang sesak di Deir al-Balah bersama 50 ahli keluarga lain. - Agensi/Sinar Harian
#Palestin #kembar empat #wanita palestin #hamil
;