Ibu Kota Negara Indonesia dijangka siap 15 ke 20 tahun - Jokowi
Agensi
Mac 15, 2022 18:45 MYT
Mac 15, 2022 18:45 MYT
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menjangkakan Ibu Kota Indonesia (IKN) Nusantara akan dapat disiapkan dalam tempoh 15 ke 20 tahun.
Menurut Jokowi, pembinaan IKN Nusantara adalah satu tugasan besar dan sukar untuk dilakukan.
“Ini akan mengambil masa, di antara 15-20 tahun, untuk disiapkan, kata Jokowi, sebagai dipetik dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi Sekretariat Presiden, pada Selasa.
Menurut Jokowi, proses pembangunan itu akan lebih ketara selepas pemasyhuran Ketua Penguatkuasa Bambang Susantono dan Timbalannya, Dhony Rahajoe, hari ini.
“Sudah jelas siap jawatankuasanya. Perancangan pembinaan dan lain-lain yang terkait akan disiapkan, dan ini akan dapat dilihat tidak lama lagi. Apa yang lebih penting ialah, infrastruktur asas dan ini perlu dimulakan segera,” tambah Jokowi.
Baru-baru ini, Jokowi telah mengetuai ritual Kendi Nusantara, acara yang menggabungkan tanah dan air oleh 34 Nusantaa dari garis kosong Khatulistiwa oleh gabenor-gabenor terbabit untuk Ibu Kota Negara Nusantara yang terletak di Kalimantan Timur.
Jokowi sebelum itu dilaporkan telah menginap di lokasi pembangunan Ibu Kota Negara, Nusantara dengan beberapa pegawai atasan termasuk Panglima Tentera Daerah Mulawarman, Teguh Pujo Rumekso dan Ketua Polis Daerah Kalimantan Timur, Imam Sugianto.
Mereka dilaporkan bermalam di dalam khemah.
Selepas ritual berkenaan, Jokowi dan isteri beliau, Iriana Joko Widodo dilaporkan turut menemani suaminya berkhemah di IKN Nusantara.
Pembinaan mega ibu kota baharu Indonesia itu sejajar dengan Visi Indonesia 2045, kata Pengerusi Agensi Risikan Negeri (BIN), Budi Gunawan.
Negara itu memerlukan kreativiti luar biasa untuk membolehkan ia dapat direalisasi, permulaan untuk membina batu asas di ibu kota itu sendiri adalah satu kejayaan buat Republik Indonesia, kata Jeneral Gunawan.