Ibu kanak-kanak tembak guru mengaku bersalah
Astro Awani
Ogos 16, 2023 08:30 MYT
Ogos 16, 2023 08:30 MYT
VIRGINIA: Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang menembak gurunya di Virginia, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah pada Selasa atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak kerana membiarkan anaknya menggunakan pistol miliknya.
Bagaimanapun, pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan salah laku menyimpan senjata api secara cuai terhadap Deja Taylor.
Januari lalu, kanak-kanak tersebut menggunakan pistol milik ibunya dan menembak gurunya sehingga cedera parah.
Insiden berkenaan berlaku ketika di dalam bilik darjah yang penuh dengan pelajar.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, pendakwa raya berkata mahkamah berjanji tidak menjatuhkan hukuman lebih dari enam bulan penjara.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada budi bicara pihak penghakiman.
Keputusan hukuman dijadualkan pada 27 Oktober.
Taylor didakwa pada April lepas atas kesalahan pengabaian kanak-kanak dan pertuduhan salah laku cuai menyimpan senjata api. - Agensi