Ibu dan anak maut terjun bangunan dalam kebakaran hotel bajet

Agensi
Februari 12, 2019 19:27 MYT
Menurut bomba, ramai daripada mangsa tidak dapat menggunakan tangga di koridor hotel kerana ia diperbuat daripada kayu.
Sekurang-kurangnya 17 dilaporkan maut dalam satu kebakaran yang meranapkan sebuah hotel bajet di barat New Delhi, India pada awal pagi Selasa.
Kebakaran turut mencederakan sekurang-kurangnya empat yang lain.
Dilaporkan antara yang maut adalah seorang ibu dan anak kecilnya yang bertindak terjun dari tingkap bangunan yang sedang marak terbakar.
Menurut bomba, ramai daripada mangsa tidak dapat menggunakan tangga di koridor hotel kerana ia diperbuat daripada kayu.
Dipercayai tiga warga Myanmar masih hilang tidak diketahui nasib mereka.
Hotel Arpit Palace terletak di Karol Bagh, di tengah bandar yang penuh dengan rumah kedai dan hotel bajet serta terkenal dalam kalangan pelancong.
Kata saksi, operasi menyelamat dan pemadaman api mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hopsital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Polis kini sedang menyiasat punca kejadian.
#API #bomba #hilang #hotel #India #kebakaran #maut #Myanmar #New Delhi #pelancong #polis
;