Ibu buang bayi celah kubur di Filipina
Sinar Harian
Jun 15, 2018 05:23 MYT
Jun 15, 2018 05:23 MYT
Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang terjadi kepada seorang bayi kecil di Filipina.
Dalam kejadian 28 Mei lalu, seorang bayi lelaki berusia dua bulan ditinggalkan ibunya di celah-celah kubur di kawasan Qeuzon.
Bayi malang itu dipercayai telah ditinggalkan selama beberapa jam di celah ruang kubur yang sempit.
Tangisannya mengejutkan penduduk sekitar yang segera menyelamatkan bayi tersebut dan membawanya ke hospital.
Nenek bayi tersebut, Gloria Perez memaklumkan bahawa anaknya, Lara Sentillas adalah ibu bayi yang dibuang itu.
Tangkapan dibuat pihak polis tidak lama kemudian dan bayi diberi nama Louis itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa. - Dailymail