Ibu benam anak dalam baldi hingga mati kerana kencing tilam
Najmi Syahiran Mamat
Februari 27, 2020 12:07 MYT
Februari 27, 2020 12:07 MYT
SEORANG ibu bertindak kejam membenam kepala anaknya di dalam baldi berisi air hingga mangsa meninggal dunia.
Wanita yang dikenali sebagai Lin Li, 28, didakwa dengan sengaja menyebabkan anak kandungnya Melody Zheng, 4, mati lemas didakwa sebagai hukuman kerana mengotorkan tilam, lapor portal Mail Online.
Dalam kejadian di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, Lin Li berkata tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan sebagai hukuman bagi mendisiplinkan anaknya setelah mangsa kencing atas tilam.
Suspek yang berang bertindak memegang kaki dan membenamkan kepala anaknya di dalam baldi hingga kanak-kanak itu tidak bergerak.
Lin Li juga dilapor keluar dari bilik air tanpa memeriksa keadaan Melody selepas berbuat demikian.
Suami suspek yang terjaga tidak lama kemudian cuba memberikan bantuan pernafasan kepada Melody, namun tidak berjaya.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital.
Dalam prosiding kes terhadapnya, Lin Li mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan cubaan bunuh dengan melemaskan anaknya.
Menurut Lin Li, dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ibu untuk mendisiplinkan anaknya.
“Tertuduh mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anaknya, namun dia menggunakan kaedah yang berbahaya atas niat untuk mendisiplinkan anaknya sehingga menyebabkan kematian,” kata peguam, Eric Gonzalez dalam satu kenyataan.
#benam anak hingga mati
#Brooklyn
#ibu kejam
#kencing atas tilam
#lemaskan anak dalam baldi
#Lin Li
#Melody Zheng
#New York
#tindakan tidak berperikemanusiaan