Ibu bapa Melania Trump dapat kerakyatan AS
Agensi
Ogos 10, 2018 11:23 MYT
Ogos 10, 2018 11:23 MYT
Ibu bapa wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump telah diberikan kerakyatan Amerika Syarikat.
Menurut peguam kepada pasangan Viktor dan Amalija Knavs, mereka telah mengangkat sumpah kerakyatan pada Khamis di Bandar New York.
Jelas Michael Wildes, pasangan dari Slovenia itu memohon status kerakyatan melalui proses normal dan tidak mendapat sebarang layanan istimewa.
“Permohonan yang mereka lalui sama seperti permohonan rakyat lain, cuma dari segi keselamatan perlu diperketatkan,” jelasnya.
Viktor, 74 tahun, yang bekerja sebagai peniaga kereta manakala Amalija, 73, bekerja di kilang tekstil telah menetap di negara itu sebagai penduduk tetap.
Melania juga dilaporkan telah membantu ibu bapanya untuk mendapatkan 'Green Card'.
"Bagi rakyat yang ingin memohon 'Green Card', anda dibenarkan untuk memegangnya selama lima tahun dan seterusnya akan diperbaharui," katanya.
Bagaimanapun, insiden ini telah mencetus kontroversi kerana polisi suaminya, Presiden Donald Trump yang menolak pendatang asing ke Amerika Syarikat.