IAEA gagal mencapai kata sepakat dengan Iran
Astro Awani
Februari 14, 2013 07:02 MYT
Februari 14, 2013 07:02 MYT
Wakil Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), gagal mencapai kata sepakat dengan Iran, berhubung siasatan mengenai program nuklear republik itu.
Perkara itu dirumuskan Timbalan Ketua Pengarah IAEA, Herman Naeckerts, selepas kunjungan ke Tehran.
Menurut Naeckerts, wujud beberapa pertikaian antara IAEA dengan Iran.
Ia menyebabkan IAEA tidak dapat memuktamadkan beberapa perkara mengenai siasatan ke atas Iran.
Bagaimanapun IAEA memberi jaminan terus komited untuk berunding dengan Iran.
“Kami akan bekerja keras untuk menyelesaikan perbezaan ini namum kami memerlukan masa. Seperti sebelum ini, kami tidak dibenarkan ke Parchin,” kata Naeckerts.
Kunjungan IAEA ke Tehran berlangsung ketika negara itu mendedahkan ia sedang mempertingkat proses pengayaan uraniumnya.
Bagaimanapun ia mempertahankan program itu bertujuan aman.
Rundingan IAEA dengan Iran bermula tahun lalu, namun ia goyah susulan beberapa pertikaian.