'Ia hari yang panjang' - Trump luang masa dengan keluarga, penyokong

Agensi
April 5, 2023 18:58 MYT
Trump mengakhiri harinya dengan menikmati makan malam di kelab Mar-a-Lago miliknya ditemani ahli kelab, keluarga dan beberapa penyokong setianya. - Gambar/ AP
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan kelihatan 'terkilan' dan cuba menenangkan diri, selepas melalui hari yang penuh emosi susulan pendakwaannya di mahkamah.
Memetik CNN, sumber yang rapat dengan Trump memberitahu beliau meluangkan masa dengan orang yang rapat dengannya.
"Siapa yang tidak mahu bersama dengan orang yang banyak menyokong anda selepas melalui hari yang sukar?," kata sumber itu.
Menurut sumber lain, Trump mengakhiri harinya dengan menikmati makan malam di kelab Mar-a-Lago miliknya ditemani ahli kelab, keluarga dan beberapa penyokong setianya, termasuk Matt Gaetz dan Marjorie Taylor Greene.
Trump juga dilihat menikmati muzik dari komputer riba di tengah-tengah kehadiran penyokong setianya di kelab itu, dan ada ketika berbual dengan bekas penasihatnya, Roger Stone.
“Ia adalah hari yang panjang,” kata sumber ketiga.
Terdahulu, bekas Presiden AS berusia 76 tahun itu didakwa berhubung wang suapan yang dibayar kepada seorang pelakon filem lucah.
Daniels, atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, mendakwa dia dibayar untuk menutup mulut mengenai hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006 namun Trump menafikan hubungan itu.
#Donald Trump #New York #Mar-a-Lago #Roger Stone
;