Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan

Bernama
November 24, 2024 04:45 MYT
Panggilan balik kereta Hyundai melibatkan semua model Santa Cruz dan Tucson 2025 di AS, sementara kerosakan itu dianggarkan terdapat hanya dalam 1 peratus daripadanya. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai memanggil balik lebih 42,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) akibat risiko pergerakan secara spontan, menurut laporan NBC News yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Panggilan balik ini melibatkan semua model Santa Cruz dan Tucson 2025 di AS, sementara kerosakan itu dianggarkan terdapat hanya dalam 1 peratus daripadanya.
-- BERNAMA
#Hyundai #panggil balik kereta #pergerakan spontan #Amerika Syarikat
;