Hutan Amazon: Pelepasan karbon melebihi kapasiti penyerapan

Astro Awani
Julai 15, 2021 09:37 MYT
Pandangan udara menunjukkan sungai dan sebidang hutan yang mengalami deforestasi di Amazon, dekat Porto Velho, Rondonia State, Brazil, 14 Ogos 2020. - Gambar fail REUTERS
PENEBANGAN hutan dan perubahan iklim pada ketika ini mengubah kemampuan hutan hujan Amazon untuk menyerap gas karbon.
Menurut kajian yang dijalankan, sebahagian besar hutan tropika terbesar di dunia ini telah mengeluar dan melepaskan gas karbon lebih tinggi daripada kapasiti penyerapannya.
Di bahagian tenggara Amazon menyaksikan kemusnahan yang sangat kritikal.
Menurut saintis, ini susulan peningkatan dalam kadar penebangan pokok dan jumlah kebakaran hutan.
Suhu di kawasan itu juga dilaporkan meningkat tiga kali ganda daripada purata global pada musim panas.
Peranan yang dimainkan oleh tanah dan hutan adalah menyerap karbon yang menjadi faktor untuk mencegah perubahan iklim dengan lebih pantas.
Amazon, rumah bagi hutan tropika ini, memainkan peranan dalam menyerap dan menyimpan karbon.
Awal tahun ini sebuah kajian menunjukkan bahawa hutan hujan di Brazil ini mengeluarkan sekitar 20 peratus lebih banyak gas karbon CO2 ke atmosfera daripada 2010 hingga 2019.
Dengan pembebasan gas karbon yang banyak ke atmosfera, ia akan akibatkan perubahan iklim yang menyebabkan juga perubahan kepada musim kemarau.
#hutan Amazon #Brazil #kebakaran hutan #pembalakan #penebangan pokok #Sungai #perubahan iklim #gas karbon #penyerapan #hutan tropika #CO2 #deforestasi #pembasmian hutan #suhu meningkat
;