Hurikan Hilary landa California

Bernama
Ogos 21, 2023 14:56 MYT
Selepas mendarat di Mexico awal Ahad (foto), ribut tropika Hilary kini melanda California dengan membawa hujan lebat dan angin kencang. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Selepas mendarat di Mexico awal Ahad, ribut tropika Hilary kini dilaporkan melanda California dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, manakala pegawai memberi amaran mengenai kemungkinan banjir yang boleh membawa maut.
Selatan California telah mengalami kesan ribut sejak awal Ahad dan jumlah curahan hujan mula meningkat, Xinhua memetik laporan CNN.
"Kami tidak biasa dengan tahap hujan lebat seperti ini, secara amnya. Sudah tentu bukan pada pertengahan musim panas," Datuk Bandar San Diego Todd Gloria dipetik sebagai berkata pada Ahad.
Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan bekalan elektrik terputus akibat angin kencang serta banjir.
Hurikan Hilary dengan kekuatan maksimum 60 mph (97 kph) kini berada kira-kira 115 batu di selatan-tenggara San Diego, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat, dan pegawai menggesa orang ramai untuk menyelesaikan pekerjaan mereka sebelum matahari terbenam Sabtu.
"Taufan itu adalah bencana iklim utama terbaharu yang mendatangkan malapetaka di seluruh AS, Kanada dan Mexico," lapor The Associated Press.
-- BERNAMA
#California #hujan lebat #ribut tropika Hilary #angin kencang
;