Hungary sahkan kes pertama cacar monyet

Bernama
Jun 1, 2022 12:00 MYT
Hungary pada Selasa mencatatkan kes pertama cacar monyet yang melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun. -Gambar hiasan/Reuters
BUDAPEST: Hungary pada Selasa mencatatkan kes pertama cacar monyet, lapor Agensi Anadolu.
Ketua pegawai perubatan Hungary, Cecilia Muller, berkata kes itu melibatkan lelaki berusia 38 tahun.
Virus cacar monyet boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta manusia kepada manusia.
Antara tanda dan gejala jangkitan ialah ruam bermula di muka dan kemudian merebak ke tapak tangan dan kaki diikuti bahagian tubuh yang lain.
Gejala lain ialah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh, sakit bahagian belakang badan atau sendi dan kejang otot.
Pesakit dinasihatkan untuk mengasingkan diri kira-kira dua ke empat minggu.
-- BERNAMA
#cacar monyet #Cecilia Muller #Hungary #sakit bahagian belakang badan
;