Humza Yousaf pemimpin Islam pertama terajui Scotland

Sinar Harian
Mac 29, 2023 11:59 MYT
Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Humza menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat. -Wikipedia
EDINBURGH: Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan Humza Yousaf menggantikan Nicola Sturgeon sebagai menteri pertama negara itu.
Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Humza menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat.
Humza, 37, menang tipis dalam pemilihan bagi menggantikan Sturgeon sebagai ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin tetapi kemudian memperoleh pencalonan majoriti ahli Parlimen menerusi undian.
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan menteri pertama Scotland hari ini. -Sinar Harian/AFP
#Scotland #pemimpin Islam #Humza Yousaf #nicola sturgeon
;