Human Rights Watch desak Israel hentikan serangan terhadap petugas perubatan

Bernama
Oktober 30, 2024 23:31 MYT
Pencerobohan Israel menyebabkan kematian 163 pekerja kesihatan dan hospital di Lubnan sepanjang tahun lepas, serta merosakkan 158 ambulans dan 55 hospital, setakat 25 Oktober. - AP
RAMALLAH: Human Rights Watch berkata pada Rabu serangan berulang kali tentera Israel terhadap kakitangan perubatan dan kemudahan kesihatan di Lubnan, dianggap sebagai jenayah perang, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
Organisasi itu menambah dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu bahawa ia mendokumentasikan tiga serangan yang tentera Israel mengebom kakitangan perubatan, pengangkutan dan kemudahan secara haram.
Human Rights Watch menggesa Israel untuk segera menghentikan serangan yang menyalahi undang-undang terhadap kakitangan dan kemudahan perubatan, dan menyeru sekutu Israel untuk menggantung pemindahan senjata kepadanya memandangkan risiko sebenar penggunaannya untuk melakukan pelanggaran serius.
Ia menegaskan keperluan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk segera membuka siasatan antarabangsa, dengan sokongan negara anggota, terhadap permusuhan terbaru ini, dan memastikan pasukan penyiasat dihantar segera untuk mengumpul maklumat, membuat kesimpulan berkaitan pelanggaran undang-undang antarabangsa, dan membuat cadangan untuk tindakan akauntabiliti.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, pencerobohan Israel menyebabkan kematian 163 pekerja kesihatan dan hospital di Lubnan sepanjang tahun lepas, serta merosakkan 158 ambulans dan 55 hospital, setakat 25 Oktober.
-- BERNAMA
#Human Rights Watch #Israel #serangan #petugas perubatan
;