Hukuman penjara Aung San Suu Kyi ditambah lagi enam tahun

Agensi
Oktober 12, 2022 17:43 MYT
Keputusan ini adalah rentetan hukuman yang dikenakan terhadap Suu Kyi yang berusia 77 tahun sewaktu tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih secara demokrasi. - Gambar/REUTERS
YANGON: Mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun tagi kepada pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi atas kesalahan rasuah sekali gus menjadikan tempoh hukuman selama 26 tahun.
Memetik laporan CNN, Suu Kyi dihukum penjara tiga tahun bagi setiap satu daripada dua kes rasuah dan hukuman itu akan dijalankan secara serentak.
Keputusan ini adalah rentetan hukuman yang dikenakan terhadap Suu Kyi yang berusia 77 tahun sewaktu tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Suu Kyi didapati bersalah menerima rasuah $500,000 (RM2.3 juta) daripada seorang hartawan tempatan dikenali sebagai Maung Weik.
Secara keseluruhan, Suu Kyi didakwa dengan 12 pertuduhan bawah Akta Pencegahan Rasuah dengan setiap pertuduhan boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara serta denda.
Suu Kyi kini ditempatkan di sebuah penjara di ibu negara Naypyidaw.
Bulan lalu, Mahkamah di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi atas kesalahan penipuan undi pada pilihan raya 2020 yang menyaksikan partinya mencatat kemenangan besar.
#Aung San Suu Kyi #Myanmar #pilihan raya #hukuman penjara
;