Hujan, ribut petir landa UAE

Astro Awani
Mac 10, 2024 08:20 MYT
Seorang lelaki berjalan di lebuh raya yang dibanjiri air akibat hujan lebat di Dubai, UAE. - Foto REUTERS
DUBAI: Dubai dilanda banjir susulan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengalami cuaca buruk pada Jumaat malam dan Sabtu dengan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa bahagian negara itu.
Beberapa laporan gangguan dalam pengangkutan diterima dengan sebanyak 13 penerbangan yang masuk ke bandar berkenaan dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Di Abu Dhabi, ribut petir berlaku semalaman, disertai hujan lebat.
Hujan lebat turut dilaporkan di selatan Emirat al Ain menyebabkan penutupan jalan raya.
Pihak berkuasa di seluruh UAE mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak berkunjung ke pantai.
Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran tentang keadaan cuaca tidak stabil yang berterusan dengan hujan lebat dan ribut petir diramalkan sepanjang hujung minggu.
#hujan lebat #ribut petir #cuaca buruk #banjir
;