Hujan lebat terus melanda China, jutaan penduduk terjejas
Agensi
Jun 12, 2020 21:42 MYT
Jun 12, 2020 21:42 MYT
HUJAN lebat terus melanda selatan China sehingga menyebabkan tebing sungai pecah dan mengakibatkan kerosakan pada kediaman penduduk tempatan dan tanaman mereka.
Antara kawasan yang terjejas teruk adalah di Chongqing selepas banjir yang melanda dikategorikan pada tahap tiga.
Sejak hujan lebat yang melanda bermula 2 Jun lalu, kehidupan jutaan penduduk di Guangxi, Hunan, Chingqing dan beberapa kawasan di selatan negara itu terjejas selepas terpaksa dipindahkan.
Manakala ribuan kediaman dilaporkan musnah dan anggaran kerugian akibat banjir itu berjumlah AS$565.5 juta.
Setakat ini, pasukan penyelamat sudah digerakkan di kawasan-kawasan yang terjejas bagi membantu mangsa dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.