Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, angka kematian meningkat 32

Bernama
Julai 16, 2023 05:55 MYT
Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara, dan 17 orang maut akibat tanah runtuh. - Gambar/ AP
TOKYO: Angka kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang, manakala lebih sepuluh orang masih hilang, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Ahad.
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang maut, tujuh cedera manakala tiga masih hilang.
Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara, dan 17 orang maut akibat tanah runtuh.
Lebih sepuluh orang masih hilang manakala lebih 7,500 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di 13 bandar dan wilayah di seluruh Korea Selatan.
Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan dan semua operasi kereta api telah digantung.
Sebanyak 12 penerbangan telah dibatalkan pada Ahad.
-- BERNAMA
#Korea Selatan #hujan lebat #tanah runtuh #angka korban