Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China
Agensi
Jun 23, 2020 18:58 MYT
Jun 23, 2020 18:58 MYT
SELEPAS dua minggu, hujan lebat dan ribut kencang terus membadai wilayah selatan China sehingga memaksa pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja pemindahan.
Menurut media tempatan, susulan itu, banjir kilat berlumpur menjejaskan kehidupan penduduk setempat di wilayah Guizhou.
Setakat ini, tiga kematian dilaporkan dan sekurang-kurangnya 15,000 penduduk dipindahkan.
Di bandar Chongqing, kira-kira 40,000 penduduk berdekatan Sungai Qijiang dipindahkan pada Isnin selepas air naik.
Pada Selasa, pusat pengkaji cuaca mengeluarkan amaran bahaya susulan keadaan hujan lebat dan ribut kencang dalam masa 24 jam akan datang.