Hujan lebat ragut 5 nyawa di Panama

Bernama
November 6, 2024 12:30 MYT
"Tropical depression" di utara Panama bertukar menjadi ribut tropika Rafael, dengan kelajuan angin melebihi 63 kpj. - Foto X/TAKILLOSO
PANAMA CITY: Hujan lebat akibat sistem cuaca bertekanan rendah yang terbentuk di kawasan tropika atau "tropical depression" baru-baru ini telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, termasuk dua kanak-kanak di Panama, lapor media tempatan pada Selasa.
Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan melaporkan bahawa empat daripada lima mangsa maut akibat lemas, manakala seorang lagi terkorban dalam kejadian tanah runtuh, lapor Xinhua.
Pada Isnin, Pusat Taufan Kebangsaan melaporkan bahawa "tropical depression" di utara Panama bertukar menjadi ribut tropika Rafael, dengan kelajuan angin melebihi 63 kpj.
Kementerian Pendidikan Panama mengumumkan sesi persekolahan di seluruh negara pada Rabu, bagi semua sekolah swasta dan awam ditangguhkan.
-- BERNAMA
#hujan lebat #tanah runtuh #ribut tropika Rafael #sesi persekolahan
;