Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra
Astro Awani
Disember 27, 2022 12:05 MYT
Disember 27, 2022 12:05 MYT
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelancongan Petra (PDTRA) di Amman, Jordan bertindak membawa keluar ratusan pengunjung dari tapak arkeologi itu.
Ia selepas wilayah itu dilanda banjir yang teruk susulan hujan lebat di selatan negara itu.
Air dari pergunungan sekeliling telah mengalir deras ke dalam bandar purba itu.
Memetik laporan Jordan News, tiga individu cedera selepas sebuah bas persiaran yang menuju ke Al-Hussein Bin Talal University terbalik susulan cuaca ekstrem itu.
Susulan itu, universiti tersebut turut mengeluarkan kenyataan berkenaan penangguhan semua kelas akibat bencana itu.
Pada Isnin, hujan lebat turut menyebabkan banjir di sepanjang jalan antara Laut Mati dan bandar Aqaba.
Malah, Pihak Keselamatan Awam kini sedang berusaha menangani kejadian tanah runtuh dekat Dead Sea Panorama.