Hujan lebat, Jepun arah 360,000 penduduk berpindah
Bernama
Julai 3, 2023 20:50 MYT
Julai 3, 2023 20:50 MYT
ISTANBUL: Hujan lebat memaksa beribu-ribu penduduk di Jepun diarahkan berpindah pada Isnin, menurut media tempatan.
Hujan melanda wilayah barat daya Kyushu, menyaksikan sebuah jambatan runtuh dan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan kepada penduduk tempatan agar berpindah, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.
Kira-kira 360,000 penduduk di bandar Kumamoto diminta berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Pegawai di agensi meteorologi meramalkan bahawa hujan lebat dan guruh mungkin berterusan di seluruh wilayah itu sehingga tengah hari Selasa.
Penduduk juga diberi amaran tentang kemungkinan banjir lumpur dan banjir di wilayah itu.
-- BERNAMA