Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Astro Awani
Februari 16, 2025 12:30 MYT
Februari 16, 2025 12:30 MYT
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee. - Foto REUTERS
KENTUCKY: Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee, Amerika Syarikat (AS).
Gabenor Kentucky, Andy Beshear, mengisytiharkan darurat pada Jumaat selepas ribut melanda Lembah Mississippi.
Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan amaran banjir kilat untuk kawasan di tengah dan selatan Kentucky.
Sementara itu, puluhan lebuh raya dilanda banjir manakala beberapa penduduk terperangkap.