Hujan lebat berterusan di Vietnam, 17 dilaporkan maut
Astro Awani
Oktober 12, 2020 06:46 MYT
Oktober 12, 2020 06:46 MYT
SEKURANG-kurangnya 17 orang maut selepas hujan lebat berterusan melanda Vietnam sejak seminggu lalu.
Menurut ramalan kaji cuaca nasional, paras air akan terus meningkat dan air sungai melimpah, menenggelamkan lebih banyak kawasan di bandar berdekatan.
Keadaan bertambah buruk pada hujung minggu apabila ribut tropika Linfa, membawa lebih banyak taburan hujan ke negara itu.
Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan telah memindahkan hampir 50,000 orang ke kawasan yang lebih tinggi.
Banjir telah menenggelamkan lebih daripada 100,000 isi rumah dengan kenaikan air bah sehingga 3 meter.
Hujan dijangka berterusan sehingga Selasa.