Hujan ais batu di Australia: Netizen bertanya, kenapa bentuk kali ini aneh dan berbeza?

Agensi
Disember 21, 2018 16:18 MYT
Pengguna media sosial tenpatan memuat naik gambar ketulan-ketulan ais yang berbentuk lain daripada biasa. - Sumber: Twitter
Kejadian hujan ais batu bukan suatu perkara baharu, namun bagi penduduk di Sydney dan beberapa kawasan di sekitar negeri New South Wales di Australia, fenomena yang melanda pada Khamis membuatkan mereka tertanya-tanya tentang suatu keanehan.
Garus masa pengguna media sosial tempatan dipenuhi banyak muat naik yang menunjukkan gambar ketulan ais yang besar berselerakan di kawasan kediaman mereka. Selain mempunyai saiz bola golf dan bola tenis, kebanyakan daripadanya juga berbentuk seperti bunga kobis dan bergerigi.
“Ini antara hujan batu yang paling aneh saya pernah alami,” ujar seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi pengguna mengadu, ketulan ais yang menimpa rumahnya adalah seperti telur – berbentuk bujur dan mempunyai bahagian tengah yang padat.

Giang hailstones! Keep safe Sydney! Pctto pic.twitter.com/nqdBQ38pfg

— OneWord_MW (@OneWord_MW) December 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada pula yang mempunyai tekstur seperti rupa air yang mendidih dan berbuih, namun terus membeku dan mengeras di langit sebelum ia jatuh ke bumi.
Agensi berita AFP melaporkan, pihak berkuasa sebelum itu telah mengeluarkan amaran tentang kejadian berkenaan, namun peringatan itu tidak memadai untuk menghindarkan kerosakan harta benda yang mencecah puluhan juta dolar.
Ketulan ais tersebut telah menghentam dan memecahkan banyak cermin kenderaan, sementara ramai orang terpaksa berlari mencari tempat perlindungan yang kukuh.
Di lokasi rekreasi popular, iaiti di Bondi Beach, orang ramai yang tidak sempat berlri ke bawah tempat berbumbung terpaksa menggunakan papan luncur untuk melindungi kepala mereka.

Very large hailstones in western and northern Sydney this afternoon. Images: Berowra by Todd Baker Glenfield by Gemma Stiles Moorebank by David Rorison pic.twitter.com/F4hkvGh43i

— Weatherzone (@weatherzone) December 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

They were as morphed as they were monstrous. Heres why the hailstones that smashed Sydney looked like anything from spiky stars to jellyfish https://t.co/0zivlaVxCU

— The Australian (@australian) December 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, Majlis Insurans Australia (ICA) menyatakan, sejumlah 25,000 tuntutan telah dibuat penduduk tempatan yang mencapai nilai AUS$125 juta.
“Menjelang seminggu sebelum Krismas, syarikat insurans sedang berusaha mengurangkan tekanan yang dialami isi rumah dan pemilik perniagaan yang terjejas akibat bencana ini,” ujar jurucakap ICA, Campbell Fuller.
Sementara itu, pihak kaji cuaca memberi penjelasan tentang bentuk ketulan ais tersebut.
Menurut mereka, hujan ais batu yang menimpa pada Khamis itu lebih besar berbanding biasa kerana ia berpunca daripada ribut yang jauh lebih besar.
“Ketulan ais kecil adalah air dalam lapisan troposfera, iaitu aras terendah dalam atmosfera, yang membeku dalam awan ribut petir.
“Biasanya apabila ketulan itu sudah menjadi sebesar biji kacang, ia akan jatuh ke bumi,” ujar seorang pakar meteorologi.
Namun, untuk menghasilkan ketulan yang lebih besar, ketulan itu akan terpusar semula dalam kitaran ribut dan kembali ke awan.
“Proses berulang itu yang membuatkan ketulan ais mengumpul lapisan-lapisan air baharu dan terus membeku lagi ,” ujar laporan itu, yang mengatakan tujahan angin akibat ribut membuatkannya lebih lama di langit untuk menjadi ketulan-ketulan ais yang lebih besar.
#ais batu #alam semula jadi #Fenomena #hujan ais #New South Wales #Sydney
;