Hugo Chavez semakin kritikal
Astro Awani
Disember 19, 2012 21:17 MYT
Disember 19, 2012 21:17 MYT
Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengalami jangkitan pernafasan selepas menjalani rawatan barah di Cuba.
Perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Venezuela Ernesto Villegas.
Penjelasan terpaksa dibuat selepas terdapat pelbagai spekulasi mengenai tahap kesihatan Chavez yang didakwa semakin kritikal.
Chavez sebelum ini didiagnos barah pada Jun 2011 tetapi pulih selepas menjalani beberapa siri pembedahan.
Beliau masih perlu menjalani rawatan susulan selepas pembedahan keempat baru-baru ini.
Sementara itu Villegas menambah, Chavez perlu berehat sepenuhnya untuk beberapa hari.
Di sebalik isu tahap kesihatan Chavez terdapat juga khabar angin mengenai pertukaran tampuk kuasa dan pilihan raya presiden baru.
Sebelum menjalani rawatan, Chavez melantik Naib Presiden Nicolas Maduro untuk memangku tugas.