Hubungan Jepun dan China kembali tegang
Astro Awani
Februari 6, 2013 08:09 MYT
Februari 6, 2013 08:09 MYT
Jepun menyifatkan tindakan tentera marin China yang menjadikan kapal tentera laut Jepun sebagai sasaran radar ketika berada di Laut China Timur sebagai amat berbahaya.
Ia juga dianggap sebagai satu keadaan yang luar biasa, sekali gus mencetuskan semula ketegangan antara dua negara terbabit.
Timbalan Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera berkata, kejadian itu berlaku pada 30 Januari lalu namun pihak berkuasa mengambil masa untuk mengesahkannya.
Insiden itu berlaku berhampiran pulau yang menjadi pertikaian dua negara iaitu dikenali sebagai Sensaku di Jepun manakala Daioyu oleh China.
Tentera laut China dilaporkan beberapa kali memasuki perairan tersebut selepas Jepun membeli beberapa pulau di sekitar Sensaku.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meminta isu itu diselesaikan secara aman.
Ia termasuk mengelakkan sebarang perbuatan provokasi.