Huan Huan, panda dipinjamkan ke Perancis bunting lagi - Zoo Beauval

Astro Awani
Julai 21, 2021 12:18 MYT
Huan Huan, panda gergasi yang dipinjamkan kepada Perancis oleh kerajaan China sejak 2012, hamil anak kedua. -Twitter
PARIS: Huan Huan, panda gergasi yang dipinjamkan kepada Perancis oleh kerajaan China sejak 2012, hamil anak kedua.
Menurut jurucakap Zoo Beauval di Perancis, Huan Huan dijangka melahirkan bayinya akhir bulan ini atau awal bulan Ogos.
"Ultrasound beberapa jam yang lalu mengesahkan adanya embrio panda."
Pembiakan panda dalam kurungan atau di belantara adalah sangat sukar kerana panda betina hanya bersedia untuk mengawan sekali dalam setahun, selama kira-kira 48 jam.
Huan Huan dan pasangannya Yuan Zi merupakan tarikan utama di Beauval.
Jurucakap zoo berkata kedua-dua haiwan itu dipercayai mengadakan hubungan pada Mac lalu.
Selain itu, inseminasi buatan turut dilakukan doktor haiwan.
Sumber Facebook zoobeauval
Teknik itu digunakan pada Huan Huan untuk kelahiran anak pertamanya, Yuan Meng, pada tahun 2017, panda pertama yang pernah dilahirkan di Perancis.
Yuan Meng yang membesar pada saiz ibunya akan dipulangkan ke China tahun ini di mana sekitar 2.000 panda tinggal di hutan dan 500 lagi dalam kurungan.
Jumlah panda di seluruh dunia kembali pulih sejak beruang hitam-putih itu diisytihar sebagai haiwan terancam pada 1980-an.
Tempoh kehamilan panda berbeza dari tiga hingga lima bulan.
#Huan Huan #Panda #China #Perancis #Yuan Zi #Beauval Zoo #belantara #hutan #kurungan #inseminasi buatan
;