Houthi Yaman sasar tiga kapal di Laut Merah, Laut Arab

Astro Awani
Jun 6, 2024 08:50 MYT
Houthi telah menyerang kapal-kapal di sepanjang pantainya selama beberapa bulan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin. - Foto fail/REUTERS
DUBAI: Pasukan pejuang Houthi dari Yaman melaksanakan operasi ketenteraan menyerang tiga kapal di Laut Merah dan Laut Arab.
Perkara ini disahkan jurucakap ketenteraan kumpulan itu, Yahya Sarea pada Rabu.
Houthi, yang disokong Iran yang menguasai sebahagian Laut Merah, telah menyerang kapal-kapal di sepanjang pantainya selama beberapa bulan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin yang ditindas Israel di Gaza.
Dalam pada itu, Houthi menyerang dua kapal di Laut Merah, iaitu Roza dan Vantage Dream, dengan beberapa peluru berpandu dan dron.
Kapal ketiga, iaitu kapal Amerika Syarikat Maersk Seletar, disasarkan di Laut Arab dengan menggunakan beberapa dron.
#Israel #Palestin #Pejuang Houthi #Laut Merah
;