Houthi akan buat 'kejutan' kententeraan operasi Laut Merah
Astro Awani
Mac 1, 2024 10:10 MYT
Mac 1, 2024 10:10 MYT
KUMPULAN Houthi Yaman akan melaksanakan elemen kejutan ketenteraan dalam operasi Laut Merah mereka.
Menurut pemimimpinnya, Abdul Malik al-Houthi dalam ucapan disiarkan di televisyen pada Khamis, kumpulan itu berulang kali melancarkan dron dan peluru berpandu terhadap kapal komersial antarabangsa sejak pertengahan November.
Namun menurut Malik, serangan kali ini akan melangkaui jangkauan musuh.
Menurutnya operasi akan diteruskan dengan cara yang sangat cekap ke arah Laut Merah, Laut Arab, Teluk Aden dan Selat Bab al-Mandab.
"Operasi ketenteraan kami akan diteruskan dan maju dan kami mempunyai kejutan yang tidak dijangka musuh kami sama sekali.
"Kami tidak mahu bercakap mengenainya. Ia akan menjadi kejutan untuk musuh kita, jauh dari jangkaan musuh dan sekutu kita," katanya.
Serangan Laut Merah ini telah mengganggu laluan perkpalan global dan memaksa syarikat logistik untuk memilih laluan perjalanan yang lebih panjang dan lebih mahal.
Bagi Houthi, mereka akan terus berada di medan perang sehingga makanan dan penjagaan kesihatan dibenarkan memasuki Gaza selain jenayah genosid di Gaza oleh zionis dihentikan.
Amerika Syarikat dan Britain mula menyerang sasaran Houthi di Yaman bulan lalu sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas perkapalan Laut Merah.