Hotel terbesar di dunia bakal dibuka di Mekah

Madiha Abdullah
Jun 4, 2015 01:27 MYT
Hotel berkonsepkan 'kubu di tengah padang pasir' itu juga akan menempatkan sebuah stesen bas, medan selera, sebuah pusat beli-belah dan sebuah grand ballroom. - Gambar AFPRelax
Sebuah hotel mewah yang bakal dibuka di Mekah bukan sahaja bertaraf hotel mewah tetapi bakal menjadi hotel terbesar di dunia.
Abraj Kudai bakal memiliki 10,000 buah bilik, 70 buah restoran dan empat buah pad helikopter. Hotel setinggi 45 tingkat itu juga akan mempunyai 12 menara yang terletak di atas podium 10 tingkat.
Hotel berkonsepkan 'kubu di tengah padang pasir' itu juga akan menempatkan sebuah stesen bas, medan selera, sebuah pusat beli-belah dan 'grand' ballroom mewah.
Abraj Kudai terletak sejauh 2.2km dari Masjidil Haram.

RT skanndtyagi #letsFootball #atk TIME : World biggest hotel to open in Mecca in 2017 http://t.co/ozZdLykfC2 pic.twitter.com/Hn63DK5HHR

— Shaheen Mushtaq (@SarfarazMustaq) June 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hotel Abraj Kudai yang terletak di Mekkah ini, ada 45 lantai dan 100ribu kamar, gais. http://t.co/8Cs7o0DiFC pic.twitter.com/wxqe0b51Lw

— MNC NEWSROOM (@MNCNewsroom) May 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bakal dibuka pada tahun 2017, projek pembinaan hotel mewah itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan rekaannya pula oleh Kumpulan Dar al-Handasah.
Kos pembinaannya dianggarkan mencecah AS$3.5 bilion.
#Abraj Kudai #hotel mewah #Mekah