Hotel emas pertama dunia dibuka di Vietnam

Agensi
Julai 3, 2020 20:45 MYT
Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas. - Gambar REUTERS
SELEPAS 11 tahun dibina, hotel apartmen lima bintang pertama yang disalut dengan emas di Vietnam akhirnya membuka pintunya.
Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.
Hotel terbabit menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam.
Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.
Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama 'American Wyndham Hotels'.
Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).
#American Wyndham Hotels #Hanoi #hotel #Hotel Dolce Hanoi Golden Lake #hotel emas #lima bintang #Vietnam
;