Hospital sementara di Wuhan henti operasi
Agensi
Mac 19, 2020 11:46 MYT
Mac 19, 2020 11:46 MYT
Hospital khas bagi merawat COVID-19 yang dibina di Wuhan secara rasmi ditutup pada Rabu bagi mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.
Ia berikutan penurunan kadar kes jangkitan di wilayah itu sehingga membolehkan pegawai kesihatan negara berkenaan menghentikan operasi.
Sebelum ini, sebanyak 16 buah hospital di wilayah ini turut ditutup dalam tempoh tertentu bagi berdepan penularan pandemik.
"Kadar jangkitan semakin berkurangan dan penyebaran virus itu telah dikekang," lapor Arch Daily.