Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji

Bernama
Jun 3, 2024 00:50 MYT
Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika mengadakan lawatan ke sebuah hospital di Mekah. - Foto BERNAMA
MEKAH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Mekah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Mekah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim haji tahun ini, 1445H.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa kluster itu menyatakan bahawa hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk memberikan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram selain tiga pusat kecemasan di halaman masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes kecemasan.
Hospital Al-Haram juga telah beroperasi di halaman utara Masjidil Haram.
Semua keupayaan telah dimanfaatkan untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan kerja di semua klinik pesakit luar di semua hospital dan pusat kesihatan, kata Kluster Kesihatan Mekah.
Sebanyak 3,944 katil telah diperuntukkan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan rapi, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim Haji, katanya.
-- BERNAMA
#Hospital #pusat kesihatan #musim haji #Masjidil Haram