Hospital koronavirus kedua di Wuhan hampir siap dibina, beroperasi esok
Azyyati Ahmad
Februari 5, 2020 12:10 MYT
Februari 5, 2020 12:10 MYT
HOSPITAL kecemasan kedua di Wuhan kini hampir 90 peratus siap.
Hospital Leishenshan yang dijadual beroperasi esok ialah satu daripada dua hospital khusus untuk merawat pesakit koronavirus yang dibina di wilayah Hubei.
Hospital itu dijangka siap sepenuhnya hari ini, menjadikan ia antara projek pembinaan terpantas di peringkat global.
Keseluruhan tempoh pembinaan hanya mengambil masa 10 hari.
Proses pembinaan hospital kedua Wuhan ini juga dipaparkan secara langsung di YouTube.
Sebelum ini, pihak berkuasa Wuhan berjaya menyiapkan sebuah hospital baharu yang dilengkapi 1,000 katil pesakit dalam tempoh enam hari khas bagi merawat pesakit koronavirus.
Datuk Bandar Wuhan Zhou Xianwang telah menyerahkan hospital yang diberi nama Huoshenshan itu kepada pihak tentera China pada pagi Ahad untuk tindakan lanjut, lapor portal berita CCTV.
Difahamkan, seramai 1,400 anggota perubatan tentera akan bertugas di hospital berkenaan.