Hospital di Dhaka padat dengan pesakit demam denggi
Agensi
Ogos 4, 2023 23:52 MYT
Ogos 4, 2023 23:52 MYT
DHAKA: Hospital di Dhaka berdepan dengan masalah ruang apabila bilangan pesakit demam denggi dilaporkan semakin bertambah, hingga dibimbangi mencatatkan rekod jumlah kes tinggi buat tahun kedua berturut-turut.
Memetik Reuters, kes penyakit tropika bawaan nyamuk itu terus mencatatkan peningkatan pantas terutama pada musim hujan ini, di celah kepadatan penduduk Bangladesh.
Sekurang-kurangnya 201 orang meninggal dunia, dengan lebih daripada separuh kes berlaku di Dhaka, sementara lebih 37,000 telah dijangkiti virus itu setakat tahun ini.
Pada 2022, virus itu dilaporkan meragut sebanyak 281 nyawa sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sejak pihak berkuasa memantau statistik pada tahun 2000, sementara 62,423 orang telah dijangkiti.
Setakat ini, tiada vaksin atau ubat khusus merawat denggi, yang biasanya berlaku di Asia Selatan ketika musim tengkujuh bermula Jun hingga September.
Pada musim berkenaan, nyamuk Aedes Aegypti mudah membiak berikutan terdapat banyak tempat air bertakung.
Sementara itu, pakar menjangkakan menerima lebih banyak kes menjelang akhir musim tengkujuh bermula Jun hingga September.