Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut
Agensi
April 25, 2021 19:18 MYT
April 25, 2021 19:18 MYT
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 82 orang maut dan 110 orang lagi cedera dalam kebakaran hospital pada Sabtu malam di Iraq, Baghdad, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq pada hari Ahad.
Kebakaran di Hospital Ibn al-Khatib itu dikatakan bermula selepas tangki oksigen meletup, kata dua pegawai kesihatan di hospital kepada CNN.
Video di media sosial menunjukkan suasana kecoh ketika anggota bomba memadamkan api dan pekerja kesihatan berusaha memindahkan pesakit.
Pesakit yang ditempatkan di hospital itu datang dari seluruh Iraq, termasuk pesakit COVID-19.
"Pasukan pertahanan awam masih di tempat kejadian, menyiasat punca kebakaran ini," itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Iraq.
Pihak berkuasa melaporkan petugas kesihatan dan pasukan pertahanan awam dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 200 mangsa termasuk pesakit.
Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi berkata kebakaran hospital itu adalah satu jenayah dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.
"Saya telah mengarahkan siasatan segera dan menyoal siasat ketua hospital, ketua keselamatan dan penyelenggaraan, dan semua yang terlibat sehingga punca kecuaian dapat dikenal pasti," kata Al-Kadhimi dalam kenyataan itu.
Tempoh berkabung nasional juga diumumkan bagi menghormati mereka yang terkorban.
#kebakaran
#Baghdad
#Iraq
#siasatan
#petugas kesihatan
#COVID-19
#mangsa
#maut
#Hospital Ibn al-Khatib