Hospital COVID-19 terbakar di Mumbai, korban meningkat kepada 10 orang
Astro Awani
Mac 26, 2021 05:22 MYT
Mac 26, 2021 05:22 MYT
ANGKA korban dalam kejadian kebakaran di Hospital Sunrise, yang turut menempatkan pesakit COVID-19 di Mumbai, India, meningkat kepada 10 orang.
Lebih 70 pesakit telah dipindahkan dari hospital swasta itu ke hospital lain di sekitar ibu kota India.
Sejumlah 20 jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian, termasuk ambulans.
Setakat ini, jumlah mangsa korban pesakit COVID-19 belum dapat dikenal pasti dan ahli keluarga perlu melakukan proses pengecaman mangsa.
Siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran sedang dilakukan.
Kebakaran dilaporkan bermula di tingkat bawah bangunan dan kemudian asap memenuhi ruang tingkat atas hospital berkenaan.
Hospital terletak di daerah Bhandup, Mumbai itu diubah suai menjadi pusat rawatan COVID-19 selepas berlaku gelombang kedua wabak.
Isu kebakaran melibatkan hospital di negara itu sering kali berlaku kerana kerja penyelenggaraan yang tidak menepati piawaian dan kekurangan peralatan pemadaman kebakaran.