Hospital COVID-19 ke-10 bakal dibuka di China

Agensi
Februari 16, 2020 14:09 MYT
China bakal membuka hospital ke-10 bagi merawat kes-kes tidak kritikal berkaitan Novel Koronavirus (COVID-19) di Wuhan. Foto:AP
China bakal membuka hospital ke-10 bagi merawat kes-kes tidak kritikal berkaitan Novel Koronavirus (COVID-19) di Wuhan.
Hospital sementara itu asalnya dari sebuah bangunan pusat pameran di Zon Pembangunan Teknologi Baharu Donghu di Tenggara Wuhan.
Ia dilengkapi dengan 850 katil dan rawatan perubatan untuk pesakit yang mengalami simptom Koronavirus.
Kemudahan lain termasuk televisyen, sistem stereo, dan bahan bacaan.
Malah, hasil lukisan pelajar turut menghiasi dinding-dinding hospital berkenaan bagi memberikan suasana tenang dan semangat kepada pesakit.
Sehingga kini, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah lebih 1,600 orang.
China merekodkan lebih 68,000 kes COVID-19 dengan lebih 9,000 orang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: COVID-19: China mula asing, 'kuarantin' wang kertas
#China #coronavirus #COVID19 #Hospital #koronavirus #pelajar #perubatan #rumah
;