Hospital Arab Saudi terbakar, 25 terbunuh, 107 cedera
Agensi
Disember 24, 2015 16:38 MYT
Disember 24, 2015 16:38 MYT
Sekurang-kurangnya 25 maut manakala 107 yang lain cedera dalam satu kebakaran besar di Hospital Besar Jazan, Arab Saudi awal pagi Khamis, menurut satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi.
Dilaporkan, kebakaran itu bermula dari ruang unit rawatan rapi dan wad bersalin hospital berkenaan sebelum merebak.
Bagaimanapun api berjaya dikawal pihak berkuasa tempatan dan kesemua yang cedera dipindahkan ke hospital swasta berdekatan.
Siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis di sana.
Sementara itu beberapa gambar dari Twitter yang dikongsikan dari beberapa agensi berita luar negara menunjukkan asap hitam dari hospital berkenaan dan beberapa bahagian bangunan rosak teruk.