Hospital antara musnah dalam serangan tentera di Syria

Agensi
Februari 5, 2018 06:45 MYT
Pekerja pertahanan awam mencari mangsa yang terselamat selepas serangan udara berhampiran Damsyik, Syria, 5 Feb lalu. - AP
Tentera kerajaan Syria terus membedil kawasan yang dianggap menjadi kubu kuat puak pemberontak Maaret al-Numan, Idlib.
Terbaharu, sebuah hospital antara yang menjadi mangsa apabila sebahagian besar struktur bangunannya musnah akibat serangan udara tentera kerajaan tersebut.
Kempen serangan terhadap wilayah yang dikuasai oleh pemberontak itu ditingkatkan akhir-akhir ini selepas insiden sebuah pesawat pejuang Rusia SU-25 yang berjaya ditembak jatuh oleh pemberontak dan membunuh juruterbangnya.
Visual yang berjaya dirakamkan menunjukkan suasana kelam kabut di hospital berkenaan sejurus selepas serangan tersebut.
Sebahagian orang awam pula dilihat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan terbabit termasuk bayi.
#bayi #Hospital #kerajaan #mangsa #pesawat #Rusia #serangan #Syria #tentera
;