Hosni Mubarak, dua anaknya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun
AFP
Mei 9, 2015 19:27 MYT
Mei 9, 2015 19:27 MYT
Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak serta dua anaknya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dalam perbicaraan semula kes rasuah pada Sabtu.
Peguam Mubarak dilapor akan merayu terhadap keputusan itu.
Mubarak bersama anaknya Alaa dan Gamal berada di dalam lokap berkunci, memakai sut dan cermin mata hitam.
Terdahulu dalam perbicaraan awal, mereka telah pun dijatuhi hukuman tiga tahun untuk pertuduhan sama, namun dibatalkan mahkamah rayuan.
Tidak diketahui sama ada hukuman mengambil kira tempoh yang telah dilalui.
Mereka bertiga telah ditangkap pada 2011, beberapa bulan selepas Mubarak digulingkan dalam pemberontakan 18 hari di Mesir.